Khamis, 26 Januari 2017

BANJIR DI BAGAN DATUK

JPS PERLU BERTINDAK SEGERA

26 January 2017: Bagan Datuk Perak

Banjir yang melanda di sekitar kawasan ini buat kali ke 2 dalam tempuh 2 bulan adalah di sebabkan perparitan yang tidak di selia secara serius

Pihak yang menjalankan kajian menyatakan banjir ini di sebabkan bentuk mukabumi yang berkawah

Dari apa yang kita lihat.. parit banyak yang bermasalah..
1. Gelung gelung titi yang menghalang
2. Batang batang kelapa dalam parit
3. Parit yang semak
Hal tersebut menyekat pengaliran air

Perkara ini perlu di ambil tindakan segera

Jumaat, 13 Januari 2017

PEMUKIMAN YAB MB PERAK DI PARLIMEN BAGAN DATUK

PROGRAM PEMUKIMAN YAB MENTERI BESAR PERAK

Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Strategik Dan Taklimat Peluang Perniagaan Kepada Anggota Lembaga Koperasi Sempena Program Pemukiman YAB Menteri Besar Perak Di Parlimen Bagan Datuk

Tarikh     : 19 Januari 2017 (Khamis)
Masa       : 9.00 pagi - 1.00 tghri
Tempat    : Dewan Hjh Tuminah Sg Nipah Darat

Objektif :
Meningkatkan pengetahuan dalam bidang perniagaan, keusahawanan dan strategi pemasaran, membina dan meneguhkan jatidiri Memperkasa Gerakan Koperasi Negeri Perak 2017 - 2020

ALK dan ahli - ahli Koperasi di jemput hadir..

sumber: Kujaya Bagan Datoh Bhd... 

Khamis, 12 Januari 2017

PEMBANGUNAN DAERAH BAGAN DATUK, 9 ORANG PEKERJA LADANG FELCRA RUNGKUP IV DI BERHENTIKAN

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak PKNP telah menerima Tanah FELCRA Rungkup IV dari Kerajaan Negeri Perak bagi membangunkan projek projek  Daerah Baru Bagan Datuh BAGAN DATUK WATER CITY (BDWC) Pembangunan yang akan di lakukan peringkat demi peringkat

Yang amat mendukacitakan 9 orang pekerja sementara nya telah pun di tamatkan kontrak oleh pihak Pengurusan Ladang walaupun baru +-30 ekar Kelapa Sawit di situ di tebang  untuk di bangunkan Pejabat Daerah Bagan Datuh atas alasan PKNP telah mengambil alih Projek Felcra Rungkup IV

Pihak Pengurusan Ladang hanya memberi saguhati gaji minima sebulan sebanyak RM 1K kepada pekerja yang di berhentikan dengan Notis +-15 hari

Ada di antara pekerjanya yang telah bekerja di sini selama lebih 15 - 20 th secara kontrak tahunan. Pemberhentian ini menyebabkan pekerja hilang punca pendapatan dan di harap kan pihak Pembangunan BDWC dapat mengambil tanggung jawab ini supaya perihatin terhadap nasib pekerja pekerja ini.

Di beritakan BDWC di peruntukan lebih 1 Bilion untuk membangunkan Daerah Baru ini dan di harapkan dapat sedikit membantu nasib pekerja yang telah di berhentikan ini..

Isnin, 9 Januari 2017

UBAH BAGAN DATUK 1B: Datuk Hamzah

RM1 bilion ubah Bagan Datoh

Bagan Datoh Sebagai daerah baru yang diisytiharkan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah , bakal berubah wajah apabila banyak pembangunan fizikal akan dilaksanakan. Ia berdasarkan kelulusan 21 projek bernilai RM1 bilion yang diberikan Kerajaan Persekutuan dan negeri untuk dibangunkan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pegawai Daerah, Datuk Hamzah Hussin berkata, projek Bagan Datoh Water City (BDWC) antara pembangunan utama yang akan dilaksanakan sejajar keperluan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Menurutnya, BDWC di kawasan seluas 383.7 hektar antara lain membabitkan pembangunan kompleks pentadbiran daerah, kompleks pentadbiran Kerajaan Persekutuan, kem Askar Wataniah, ibu pejabat polis daerah (lPD), balai bomba dan penyelamat, Pejabat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan kemudahan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Katanya, projek perumahan FELCRA, Program Perumahan Rakyat (PPR), Kompleks Warisan, Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) dan Masjid BDWC, akan turut dibina. “Semua projek terbabit dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun dan bakal memberi manfaat kepada 70,300 penduduk pelbagai kaum di daerah ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Datuk Hamzah berkata, banyak lagi projek yang sedang dan akan dilaksanakan di daerah itu seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), kompleks sukan, terminal Jeti, pembangunan landskap Dataran Bagan Datoh, penempatan semula Pusat Giat MARA, pembinaan Waterfront Bagan Datoh dan kem askar serta tiga dewan serbaguna masing-masing di Mukim Hutan Melintang, Bagan Datuk dan Rungkup.

KEM TENTERA: ZAHID

 Kem tentera dibina di Hutan Melintang 20 Ogos 2016 4:40 PM  KLUANG 20 Ogos - Satu kem tentera darat di Hutan Melintang, Bagan Datoh di Perak, akan beroperasi awal tahun hadapan, selaras dengan usaha kerajaan memerangi ancaman militan Daesh serta menjaga keselamatan perairan negara. Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kem seluas 350 ekar itu akan menempatkan Batalion Infantri Standard dan Rejimen Artileri Diraja Bantuan Rapat yang melibatkan anggota 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Rejimen Artileri Diraja. Selain itu, kem yang berpotensi menempatkan lebih 1,000 anggota itu juga bakal dilengkapi fasiliti guna sama, rumah keluarga angkatan tentera dan kemudahan lain, kata Hishammuddin. Beliau berkata, kem yang diilhamkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika, beliau masih Menteri Pertahanan, bakal memperkukuhkan aspek keselamatan di kawasan Bagan Datoh, sekali gus menangani kegiatan jenayah rentas sempadan serta merancakkan aktiviti ekonomi di kawasan tersebut. "Selain itu, Kem 23 RAMD Ipoh bakal dipindahkan ke kem baru itu demi pertahanan dan keselamatan yang lebih baik," kata Hishammuddin kepada pemberita selepas perasmian persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sembrong di Rumah Komuniti Parlimen Sembrong, di sini hari ini. Turut hadir, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO dan Menteri Dalam Negeri. "Walaupun dalam ekonomi yang cukup mencabar dan tidak menentu ini, kita umum mengenai pembinaan kem ini bagi memberi keyakinan kepada orang ramai dalam apa jua keadaan ekonomi, hal berkaitan keselamatan, tidak ada kompromi dan ia akan dilaksanakan," kata Hishammuddin. -BERNAMA

PERAK PECOH

IPOH 18 Ogos - Kerajaan negeri akan membangunkan Wilayah Perak Selatan (WPS) sebagai koridor ekonomi baharu negeri ini di Daerah Batang Padang dan Hilir Perak melibatkan kawasan seluas hampir 450,000 hektar. Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, komponen utama di bawah pelan pembangunan WPS ialah pembangunan Perak Eco Industrial Hub (Pecoh) dan Rungkup Terminal City. Menurut beliau, Pecoh merupakan pembangunan di atas tanah tebus guna seluas 1,376 hektar di Mukim Rungkup di Hilir Perak, merangkumi pembangunan terminal dan perindustrian bagi industri besi dan keluli bersepadu serta industri sokongan yang berkaitan. Kata beliau, manakala Rungkup Terminal City melibatkan pembangunan laut bersepadu dan pembangunan bercampur di kawasan seluas 1,636 hektar. “Kerajaan negeri juga telah mendapat kelulusan kerajaan Persekutuan bagi penubuhan daerah baharu yang dikenali Daerah Mua'lim. “Penubuhan daerah baharu tersebut tepat pada masanya selaras dengan kepesatan pemba­ngunan di Tanjung Malim yang merupakan sebahagian daripada kawasan WPS serta cadangan pembangunan Bandar Belia di kawasan ini akan menambah kerancakkan pembangunan di daerah tersebut,” katanya. Beliau berkata demikian ketika Membentangkan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negeri Pe­rak di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. Menurut Zambry, kerajaan ne­geri turut merangka pembangunan Warisan Perdana Ipoh atau Ipoh Sentral untuk membangunkan semula kawasan segi tiga emas Lembah Kinta dengan anggaran pelaburan RM2 bilion. “Projek tersebut akan menjadi mercu tanda baharu bandar raya Ipoh,” katanya. Mengenai infrastruktur awam, Zambry berkata, kerajaan Persekutuan telah meluluskan projek naik taraf Jalan Persekutuan Lumut-Taiping serta Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat dari Ban­ting ke Taiping sepanjang 233 kilo­meter. Beliau berkata, di Perak lebuh raya tersebut melibatkan laluan sepanjang 172 kilometer dengan pembinaan 11 persimpangan akan menjadi alternatif kepada Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS). Kata beliau, lebuh raya tersebut akan menjadi penggerak kepada komuniti perniagaan di negeri ini kerana laluannya akan menghubungkan bandar-bandar pesisi­r­an Pantai Barat termasuk Pelabuhan Klang dan Lumut. “Bagi program pembangunan Pejabat Pentadbiran Daerah, fokus utama adalah kepada projek-projek sambungan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk pembinaan bangunan baharu dan kerja-kerja menaik taraf serta penyelenggaraan. “Turut dicadangkan dalam RMK-11 ialah pembinaan Kompleks Pentabdiran Daerah Kerian dan Daerah Manjung,” katanya.

NGV Tech di Bagan Datuk: Utusan Malaysia

BAGAN DATOH 3 April - Bagan Datoh pernah melalui zaman kegemilangan ketika era 70-an dan 80-an apabila digelar 'syurga' kelapa ekoran kepesatan industri itu sehingga menjadi sumber pendapatan utama penduduknya. Namun selepas dua dekad, Bagan Datoh melalui zaman 'malap' apabila industri kelapa jatuh merudum ekoran kejatuhan harga selain perkembangan pesat komoditi tanaman kelapa sawit dan koko. Keadaan itu tidak berpanjangan apabila kerajaan mengambil pelbagai langkah menyelamatkan industri tersebut termasuk memperkenalkan tanaman kelapa jenis Matag yang memberi pulangan lumayan kepada pengusaha. Bagaimanapun, tempoh 10 tahun kebelakangan ini menyaksikan Bagan Datoh mengalami proses transformasi ekoran pelaksanaan pelbagai program pembangunan oleh kerajaan selain menjadi tumpuan pelabur swasta yang berminat menanam modal di kawasan itu. Hakikat itu diakui Pegawai Daerah Hilir Perak, Ahmad Zainuddin Yop Samsuddin yang melihat potensi Bagan Datoh untuk menjadi kuasa baru perindustrian di Perak pada masa hadapan selain mengekalkan reputasinya sebagai lembah pertanian. "Kehadiran pelabur-pelabur swasta ini membuktikan Bagan Datoh sebenarnya bersifat ekonomik dan tidak lagi boleh dilihat sebagai kawasan pertanian semata-mata," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini. Beliau memberi contoh pelaburan RM620 juta oleh NGV Tech Sdn Bhd. (NGV Tech), syarikat milik penuh bumiputera untuk membina limbungan dan pusat penyelenggaraan kapal keluli di Bagan Datoh dijangka mampu mewujudkan sehingga 5,000 peluang pekerjaan. Selain itu katanya, syarikat swasta, Gadaf Marble Sdn. Bhd. juga akan membangunkan pelabuhan pukal di kawasan seluas 809 hektar di Bagan Datoh yang kini melepasi fasa pertama dengan pembinaan jeti kargo dan penumpang, pusat penjaja serta pasar borong membabitkan kos lebih RM60 juta. "Begitu juga dengan cadangan syarikat Brazil, Vale S.A untuk menanam modal di Bagan Datoh selain rancangan pembinaan perumahan rakyat serta askar Wataniah. Jika ini dilaksanakan kelak, Bagan Datoh pasti mengalami pertumbuhan ekonomi yang cukup pesat," katanya. Jelas, inisiatif Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk merancakkan kegiatan ekonomi di kawasan itu melalui pelan pembangunan secara menyeluruh sejak 1990-an, kini sudah menampakkan hasil yang cukup ketara. Dalam hubungan ini, selain menumpukan kepada pencapaian pendidikan tinggi golongan muda di kawasan itu, beliau berusaha menggalakkan pertumbuhan industri-industri baru khususnya dalam bidang pelancongan dan perkhidmatan. Rancangan pelaksanaan Koridor Jajaran Pantai Barat oleh kerajaan negeri yang turut melibatkan Bagan Datoh juga dijangka merancakkan lagi kegiatan ekonomi di kawasan itu dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

TAMAN NEGERI PULAU 9: DO Datuk Hamzah

 Berita Utara December 30, 2016 14:14 PM Infrastruktur Taman Negeri Pulau Sembilan Sedang Dibangunkan BAGAN DATOH, 30 Dis (Bernama) -- Dua projek kemudahan asas di dua pulau dalam gugusan Taman Negeri Pulau Sembilan dekat sini sedang dan akan dilaksanakan dalam waktu terdekat, kata Pegawai Daerah Bagan Datoh, Datuk Hamzah Hussin. Beliau berkata kemudahan sedia ada di Pulau Lalang sedang dinaik taraf menerusi peruntukan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bagi menampung kunjungan pelancong terutama pada hujung minggu. Katanya pembangunan kemudahan asas di Pulau Rumbia pula kini dalam proses reka bentuk dengan kerja-kerja pembinaan dijangka bermula Februari depan dan akan siap dalam tempoh enam bulan. "Projek infrastruktur di dua pulau tersebut hanya melibatkan kemudahan-kemudahan asas seperti wakaf, tandas, surau serta dewan sahaja," katanya kepada pemberita di sini. Hamzah berkata selepas kesemua prasarana itu siap, pihaknya akan merancang promosi besar-besaran dan menggalakkan pelancongan di Taman Negeri Pulau Sembilan. "Tapi buat masa ini tiada perancangan untuk membina resort atau chalet di gugusan pulau itu disebabkan kawasan pantai yang pendek," katanya dan menambah jumlah pelancong ke pulau itu dihadkan kepada 150 orang sehari. Ditanya mengenai tarikan dua pulau berkenaan, Hamzah berkata kedua-dua pulau itu mempunyai terumbu karang yang cantik dilaporkan menjadi habitat pelbagai hidupan laut termasuk kuda laut, ikan lumba-lumba serta penyu. Lebih menarik, katanya adalah pemandangan kristal kebiruan di pesisiran pantai yang dikenali sebagai fenomena phytoplankton atau lebih dikenali dengan 'Blue Tears' pada sebelah malam. "Plankton mengeluarkan cahaya biru di sepanjang pantai apabila ada tindak balas kimia sama seperti filem 'Avatar' dan itulah tarikan ditunggu-tunggu pelancong terutama dari luar negara," katanya. Menurut Hamzah, Taman Negeri sedang menjalankan kajian untuk mengetahui waktu lazim fenomena phytoplankton muncul yang ketika ini hanya dikesan berlaku pada waktu senja. Mengenai jeti Bagan Datoh, Hamzah berkata ia sedang dalam proses naik taraf sebagai jeti pelancongan dan apabila siap kelak ia akan diguna untuk ke Taman Negeri Pulau Sembilan berbanding jeti Bagan Sungai Burung sekarang. Taman Negeri Pulau Sembilan terdiri daripada sembilan gugusan pulau iaitu Pulau Agas; Pulau Lalang; Pulau Saga; Pulau Nipis; Pulau Rumbia; Pulau Payong; Pulau Buluh; Pulau Batu Putih dan Pulau Batu Hitam. Namun hanya Pulau Lalang dan Pulau Rumbia sahaja mempunyai pantai dan sesuai dikunjungi pelancong untuk pelbagai aktiviti termasuk berkhemah, berkelah dan memancing. -- BERNAMA

MONOREL: YB Shahrul

20/01/2015– Perkhidmatan Monorel Di Rungkup:- Datuk Shahrul Zaman Yahya Posted date: January 20, 2015 In: General | comment : 0  Selari dengan pembangunan pelabuhan, limbungan kapal besi keluli, pusat perdagangan dan perniagaan serta bandar baharu Rungkup, cadangan membina sistem keretapi laju monorel akan dikemukakan apabila Pelan Tindakan Pembangunan DUN Rungkup bermula dalam Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK11). Demikian dinyatakan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya. Beliau yang juga ADUN Rungkup berkata sistem monorel itu nanti dapat mengurangkan kesesakan berikutan pembangunan Rungkup sebagai pelabuhan terbuka yang akan menjadi pusat perdagangan dan pintu masuk pelancong ke Perak melalui Bagan Datoh. Kelak, bandar baharu Rungkup nanti akan menempatkan perumahan 10,000 pekerja dan sekaligus mengubah kehidupan masyarakat tempatan. “Kehidupan 50,000 penduduk setempat bakal berubah apabila pelan pembangunan akan dilaksanakan secara berperingkat selama lima tahun. “Saya bersama Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan berusaha mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan Pusat untuk tujuan ini,” tambah Datuk Shahrul Zaman lagi. Adalah menjadi matlamat untuk melihat Bagan Datoh maju seperti daerah-daerah lain di Perak apatah lagi kini, kepesatan pembangunan di Rungkup dilihat agak tercicir. “Pekan Bagan Datoh di pinggir Sungai Perak akan kembali hidup apabila pembinaan jambatan merentasi sungai tersebut menghubung pekan Bagan Datoh dengan Kampung Kayan dimulakan. Anggaran kos pembinaan adalah RM200 juta,” jelasnya kepada media selepas merasmikan Pasar Baru Bagan Datoh baru-baru ini. Kertas cadangan projek ini telah disediakan oleh agensi yang terbabit, manakala peruntukkan yang akan dikemukakan kepada kerajaan Negeri dan Pusat akan dibuat secara berperingkat.

PEMBANGUNAN BAGAN DATUK: Utusan Malaysia

  Bagan Datoh Water City dibangunkan 16 November 2016 1:34 AM IPOH 15 Nov. – Daerah Bagan Datoh bakal menyaksikan pemba­ngunan sebuah bandar baharu bercampur melibatkan kawasan seluas 1,659 hektar dengan berkonsepkan hijau dan mapan sekali gus menyokong perindustrian berintegrasi di negeri ini. Dinamakan sebagai Bagan Datoh Water City (BDWC), pembangunannya yang terletak kira-kira lapan kilometer dari pekan Bagan Datoh sedia ada, bakal direncanakan di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), justeru melon­jakkan pertumbuhan ekonomi di Wilayah Perak Selatan (WPS). Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, bagi fasa pertama, pembangunan tersebut menempatkan 12 projek institusi kerajaan di kawasan seluas 97 hektar. “Institusi tersebut melibatkan Kompleks Pentadbiran Daerah Bagan Datoh, Kompleks Pejabat Kerajaan Persekutuan, Masjid Daerah, Sekolah Mene­ngah Tahfiz Darul Ridzuan, Perumahan Felcra, Hotel Seri Malaysia, Ibu Pejabat Polis Daerah, balai bomba, pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, projek perumahan rakyat, Kem Askar Wataniah dan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN). “Bagi merancakkan pembangunan di daerah Bagan Datoh, kerajaan Persekutuan di bawah Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) telah meluluskan sebanyak RM613.76 juta melibatkan enam projek yang kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2017 negeri dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13 di sini hari ini. Enam projek berkenaan merangkumi Kompleks Sukan Bagan Datoh (RM31 juta), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bagan Datoh (RM110 juta), pe­nempatan semula Pusat Giat Mara Bagan Datoh (RM7.78 juta), pembinaan Jambatan Bagan Datoh ke Kampung Sejagop (RM350 juta), naik taraf laluan FT69 Simpang Empat ke Bagan Datoh (RM106 juta) serta penutupan muara Parit A dan B bagi pengawalan hakisan di Sungai Belukang (RM8.98 juta). Dalam perkembangan ber­kaitan, Zambry berkata, dalam usaha menarik lebih banyak pelabur ke Perak, kerajaan negeri menawarkan remisyen sebanyak 25 peratus daripada kadar premium dikenakan bagi pelupusan tanah kerajaan atau tukar syarat tanah untuk tujuan pembangunan industri dan perumahan. Menurut beliau, insentif berkenaan akan dilaksanakan untuk tempoh dua tahun bermula Januari 2017 sehingga Di­sember 2018. Selain itu, katanya, kemudahan infrastruktur melibatkan projek sambungan paip gas asli dari Ayer Tawar, Manjung ke Lembah Kinta yang telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri itu akan dimulakan pada awal 2017 serta dijangka mengambil masa selama 24 bulan untuk disiapkan. “Projek yang menelan belanja RM180 juta ini dibiayai melalui kerjasama tiga pihak iaitu kerajaan Persekutuan (RM50 juta), kerajaan negeri (RM10 juta) dan Gas Malaysia Berhad (RM120 juta),” katanya.

PEMBANGUNAN BAGAN DATUK

BAGAN DATOH WATER CITY DIBANGUNKAN 25 Nov 2016 IPOH 15 Nov. – Daerah Bagan Datoh bakal menyaksikan pemba­ngunan sebuah bandar baharu bercampur melibatkan kawasan seluas 1,659 hektar dengan berkonsepkan hijau dan mapan sekali gus menyokong perindustrian berintegrasi di negeri ini. Dinamakan sebagai Bagan Datoh Water City (BDWC), pembangunannya yang terletak kira-kira lapan kilometer dari pekan Bagan Datoh sedia ada, bakal direncanakan di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), justeru melon­jakkan pertumbuhan ekonomi di Wilayah Perak Selatan (WPS). Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, bagi fasa pertama, pembangunan tersebut menempatkan 12 projek institusi kerajaan di kawasan seluas 97 hektar. “Institusi tersebut melibatkan Kompleks Pentadbiran Daerah Bagan Datoh, Kompleks Pejabat Kerajaan Persekutuan, Masjid Daerah, Sekolah Mene­ngah Tahfiz Darul Ridzuan, Perumahan Felcra, Hotel Seri Malaysia, Ibu Pejabat Polis Daerah, balai bomba, pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, projek perumahan rakyat, Kem Askar Wataniah dan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN). “Bagi merancakkan pembangunan di daerah Bagan Datoh, kerajaan Persekutuan di bawah Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) telah meluluskan sebanyak RM613.76 juta melibatkan enam projek yang kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2017 negeri dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13 di sini hari ini. Enam projek berkenaan merangkumi Kompleks Sukan Bagan Datoh (RM31 juta), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bagan Datoh (RM110 juta), pe­nempatan semula Pusat Giat Mara Bagan Datoh (RM7.78 juta), pembinaan Jambatan Bagan Datoh ke Kampung Sejagop (RM350 juta), naik taraf laluan FT69 Simpang Empat ke Bagan Datoh (RM106 juta) serta penutupan muara Parit A dan B bagi pengawalan hakisan di Sungai Belukang (RM8.98 juta). Dalam perkembangan ber­kaitan, Zambry berkata, dalam usaha menarik lebih banyak pelabur ke Perak, kerajaan negeri menawarkan remisyen sebanyak 25 peratus daripada kadar premium dikenakan bagi pelupusan tanah kerajaan atau tukar syarat tanah untuk tujuan pembangunan industri dan perumahan. Menurut beliau, insentif berkenaan akan dilaksanakan untuk tempoh dua tahun bermula Januari 2017 sehingga Di­sember 2018. Selain itu, katanya, kemudahan infrastruktur melibatkan projek sambungan paip gas asli dari Ayer Tawar, Manjung ke Lembah Kinta yang telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri itu akan dimulakan pada awal 2017 serta dijangka mengambil masa selama 24 bulan untuk disiapkan. “Projek yang menelan belanja RM180 juta ini dibiayai melalui kerjasama tiga pihak iaitu kerajaan Persekutuan (RM50 juta), kerajaan negeri (RM10 juta) dan Gas Malaysia Berhad (RM120 juta),” katanya. Selanjutnya:http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bagan-datoh-water-city-dibangunkan-

SULTAN PERAK ISYTIHAR BAGAN DATUK SEBAGAI DAERAH BARU KE 12

Posted on Monday, January 9, 2017 1:45 pm BAGAN DATUK: ruj: Perak Today 

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan mengistiharkan Bagan Datuk sebagai daerah penuh ke-12 di negeri Perak.

Berangkat sama pada majlis itu, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selain turut dihadiri oleh kira-kira 10,000 penduduk setempat.  

Sempena pengisytiharaan ini juga, ejaan ‘Bagan Datoh’ ditukar kepada ‘Bagan Datuk’. Bagan Datuk sebelum ini terletak di dalam daerah Hilir Perak. 

DAERAH BARU BAGAN DATUK: Perbadanan Koko dan Kelapa akan diwujudkan: Zahid

 Posted on Monday, January 9, 2017 3:11 pm BAGAN DATUK: Satu Perbadanan Koko dan Kelapa bakal diwujudkan oleh kerajaan bagi menjamin hasil pengeluaran kelapa di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbadanan berkenaan akan diwujudkan dalam masa terdekat. Beliau telah mengarahkan kementerian yang berkaitan untuk mengambil perhatian berhubung perkara tersebut bagi memastikan fungsi perbadanan itu tidak hanya tertumpu kepada koko semata-mata. “Selama ini kelapa tidak termasuk dalam komoditi dan tidak termasuk dalam tanaman pertanian. “Jadi dalam keadaan itulah penanam-penanam dan pekebun-pekebun kelapa berada dalam keadaan limbo (terumbang ambing) yang tidak berada di sana dan di sini. “Saya telah mengadakan perundingan dengan Datuk Seri Mah Siew Keong (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi) agar Lembaga Koko Malaysia mengambil kira industri kelapa dimana kertas daripada kementerian berkenaan kepada jemaah menteri akan disediakan bagi memasukkan kelapa sebagai komoditi selain daripada koko,” katanya.  Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pengisytiharan Daerah Bagan Datuk sebagai Daerah Penuh ke-12 di Negeri Perak yang disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Tegasnya, beliau turut akan memantau perkara tersebut kerana ianya sesuai bukan sahaja untuk Bagan Datuk tetapi juga daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor; Kudat, Pontian, Batu Pahat dan beberapa kawasan kelapa yang lain agar perbadanan itu dijadikan elemen untuk membantu mereka. Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, setakat ini, negara terpaksa mengimport 1.5 juta biji kelapa setiap tahun bagi menampung permintaan. “Oleh kerana tidak mempunyai rancangan jangka masa panjang, kerajaan ketika itu telah meluluskan secara blanked untuk menukarkan kelapa kepada kelapa sawit. “Hasilnya inilah yang berlaku sekarang ini berlaku kekurangan penawaran walaupun permintaan tinggi untuk kelapa dan santan kelapa yang kita terpaksa import akhirnya,” jelasnya. Mengulas lanjut mengenai usaha menambah bilangan penanaman pokok kelapa di Bagan Datuk, beliau yang juga Ahli Perlimen Bagan Datuk berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan syarikat perladangan untuk mendapatkan benih-benih kelapa Matag. “Dengan kerjasama sebuah syarikat perladangan yang tersenarai, kita akan mendapatkan benih-benih kelapa Matag yang keberhasilannya lebih tinggi dan tempoh keberhasilan itu lebih cepat berbanding dengan Malayan Tall atau kelapa tinggi,” ujarnya. Beliau turut meminta kerjasama kementerian yang berkaitan untuk memperolehi peruntukan bagi benih berkenaan. “Oleh kerana harga kelapa lebih tinggi daripada kelapa sawit dan jumlah pendapatan per hektar itu lebih tinggi daripada lain-lain komoditi, saya akan meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi untuk menyegerakan peruntukan perolehan benih bagi kelapa-kelapa Matag ini. “Hal ini kerana peruntukan mesti diberikan untuk membeli benih dan menanam kelapa Matag serta spesies yang menyerupai dengannya agar kita dapat memenuhi permintaan dalam negara,” tambahnya.

DAERAH BARU BAGAN DATUK: ZAHID HAMIDI

BAGAN DATUK: Pengisytiharan Bagan Datuk sebagai daerah penuh yang ke-12 dilihat mampu memberi imej dan dimensi baharu kepada daerah itu yang dahulunya terpencil, terpinggir dan terlepas pandang. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembangunan daerah ini bukan hanya perlu tertumpu menjadi hub industri dan pelancongan tetapi juga sebagai hub pendidikan. “Sebagai anak jati daerah Bagan Datuk yang telah diberi mandat untuk bersama-sama rakyat di sini, adalah menjadi impian kami semua untuk melihat pembaharuan dan pemodenan berlaku di daerah ini. “Justeru dengan pelan pembangunan Bagan Datuk yang telah dirangka dan aknn dilaksanakan, pasti akan beri imej dan dimensi baharu kepada daerah ini yang dahulunya amat terpencil terpinggir terlepas pandang,” katanya.  Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sembah ucapan pada Majlis Pengisytiharan Daerah Bagan Datuk yang disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Turut berangkat ke Majlis tersebut Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Ujar beliau lagi, penubuhan daerah ini diharap dapat terus memacu arus pembangunan daerah ini agar mampu bersaing secara lebih baik serta menyerlahkan dimensi baharu Bagan Datuk sebagai wilayah pembangunan yag baharu. “Ia juga tanpa mengetepikan nilai-nilai tradisional serta elemen sejarah yang harus dikekalkan terutamanya yang menyentuh kedaulatan kesultanan negeri Perak,” katanya lagi.  Sementara itu, Ahmad Zahid turut menyeru agar semua pihak untuk mengetepikan semua perbezaan pendapat. “Pembangunan itu sentiasa mahal harganya yang perlu dibayar tetapi ianya dibalas dengan kebencian, dilempar dengan fitnah dan dibawa dengan ‘sosial illness’. “Oleh demikian saya menyeru diri saya dan seluruh penduduk Bagan Datuk, kita ketepikan ketiga-tiga elemen yang berkenaan. “Ianya perlukan timbal balas dari seluruh rakyat bagan datuk untuk mendokong segala kemajuan dan pembangunan tanpa melemparkan dan melontarkan yang negatif terhadap sebarang elemen pembangunan yang akan dibangunkan,”katanya lagi.

DAERAH BARU BAGAN DATUK

BAGAN DATUK: Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP)

Akan membangunkan sebuah ‘Taman Perindustrian Berat Negeri Perak’ di daerah Bagan Datuk di sini yang dijangka bakal menarik pelaburan diantara USD10 hingga USD12 bilion.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, projek tersebut melibatkan tebus guna tanah seluas 1,376 hektar dengan tempoh pembangunan antara 10 hingga 15 tahun.

“Berdasarkan unjuran dan perundingan yang telah dijalankan oleh PKNP, pembangunan kawasan taman perindustrian berkenaan bakal menarik pelaburan antara USD10 hingga USD12 bilion.

“Pihak kerajaan negeri telah pun menandatangani konsesi kerja-kerja tebus tanah dengan PKNP penghujung tahun 2016 dan pembangunan awal taman perindustrian tersebut akan bermula sebelum hujung tahun ini.

“Mudah-mudahan projek ini akan dapat dilaksanakan dengan lancar dan ia menjanjikan antara 18,000 hingga ke 20,000 peluang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sembah ucapan pada Majlis Pengisytiharan Daerah Bagan Datuk yang disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Turut berangkat ke Majlis tersebut Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan turut akan melaksanakan projek-projek berimpak tinggi di Daerah tersebut.

“Antaranya pembinaan pusat pentadbiran daerah yang baharu melibatkan kawasan seluas 1,618.7 hektar dan 1,214.5 hektar melibatkan kawasan tebus guna.

“Kerajaan turut akan melakukan pembangunan dan menaiktaraf kawasan jeti serta Dataran Komuniti Bagan Datuk bagi tujuan menggiatkan lagi pembangunan ekonomi melalui pelancongan,” katanya lagi.

Katanya lagi, kerajaan turut melaksanakan beberapa projek lain yang menjadikan jumlah keseluruhan projek sebanyak RM1.3 bilion yang diperuntukan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK11).

“Antaranya pembinaan Politeknik Bagan Datuk yang menelan belanja RM220 juta, Projek Perumahan Rakyat Bagan Datuk (RM79.77 juta); Ibu Pejabat Polis Daerah Bagan Datuk (RM134 juta); Kompleks Sukan Bagan Datuk (RM31 juta) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bagan Datoh (RM110 juta).

“Selain itu,turut dibangunkan adalah penempatan semula Pusat Giat Mara Bagan Datuk (RM7.78 juta); pembinaan jambatan Bagan Datuk ke Kampung Sejagop (RM 350 juta); naiktaraf laluan Simpang Empat ke Bagan Datuk (RM106 juta); dan penutupan muara parit a serta b, bagi pengawalan hakisan di Sungai Belukang (RM8.98 juta).