Isnin, 9 Januari 2017

MONOREL: YB Shahrul

20/01/2015– Perkhidmatan Monorel Di Rungkup:- Datuk Shahrul Zaman Yahya Posted date: January 20, 2015 In: General | comment : 0  Selari dengan pembangunan pelabuhan, limbungan kapal besi keluli, pusat perdagangan dan perniagaan serta bandar baharu Rungkup, cadangan membina sistem keretapi laju monorel akan dikemukakan apabila Pelan Tindakan Pembangunan DUN Rungkup bermula dalam Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK11). Demikian dinyatakan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya. Beliau yang juga ADUN Rungkup berkata sistem monorel itu nanti dapat mengurangkan kesesakan berikutan pembangunan Rungkup sebagai pelabuhan terbuka yang akan menjadi pusat perdagangan dan pintu masuk pelancong ke Perak melalui Bagan Datoh. Kelak, bandar baharu Rungkup nanti akan menempatkan perumahan 10,000 pekerja dan sekaligus mengubah kehidupan masyarakat tempatan. “Kehidupan 50,000 penduduk setempat bakal berubah apabila pelan pembangunan akan dilaksanakan secara berperingkat selama lima tahun. “Saya bersama Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan berusaha mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan Pusat untuk tujuan ini,” tambah Datuk Shahrul Zaman lagi. Adalah menjadi matlamat untuk melihat Bagan Datoh maju seperti daerah-daerah lain di Perak apatah lagi kini, kepesatan pembangunan di Rungkup dilihat agak tercicir. “Pekan Bagan Datoh di pinggir Sungai Perak akan kembali hidup apabila pembinaan jambatan merentasi sungai tersebut menghubung pekan Bagan Datoh dengan Kampung Kayan dimulakan. Anggaran kos pembinaan adalah RM200 juta,” jelasnya kepada media selepas merasmikan Pasar Baru Bagan Datoh baru-baru ini. Kertas cadangan projek ini telah disediakan oleh agensi yang terbabit, manakala peruntukkan yang akan dikemukakan kepada kerajaan Negeri dan Pusat akan dibuat secara berperingkat.

Tiada ulasan: