Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan mengistiharkan Bagan Datuk sebagai daerah penuh ke-12 di negeri Perak.
Berangkat sama pada majlis itu, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selain turut dihadiri oleh kira-kira 10,000 penduduk setempat.

Sempena pengisytiharaan ini juga, ejaan ‘Bagan Datoh’ ditukar kepada ‘Bagan Datuk’.
Bagan Datuk sebelum ini terletak di dalam daerah Hilir Perak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan